Doa Untuk Orang Bukan Muslim: Hukum Berubah Mengikut PARTI??

Posted on August 25, 2010

1


Kebelakangan ini kecoh satu Malaysia (kot) berkenaan dengan hal mendoakan YAB Lim Guan Eng (KM Pulau Pinang) di dalam khutbah Jumaat. Media-media pro kerajaan mula menjadikan isu ini antara faktor yang boleh menghangatkan media-media mereka, seolah-olah mereka telah menemui ‘peluru-peluru’ yang besar dalam misi peperangan siber antara media pro pakatan rakyat dan pro kerajaan (sebut BN).

Dalam hal sebegini, pandangan atau situasi dan keadaan sebenar dari kedua-dua belah pihak (pakatan rakyat dan barisan nasional) perlu di teliti terlebih dahulu. Begitu juga dengan pihak yang berkecuali, sebelum melangkah menuju kepada konklusi untuk hal ini.

Sekali imbas, kelihatan seolah-olah sangat tidak kena atau boleh di katakan seolah-olah amat bersalah, jika di rujuk kepada kenyataan-kenyataan yang disiarkan dalam media pro kerajaan. Sebab itulah di kawasan-kawasan yang mempunyai kurang atau tiada liputan media-media pro pembangkang dan media bersifat neutral, penduduk di kawasan tersebut akan lebih cenderung untuk menyokong pihak kerajaan, kerana olahan dari pihak media pro kerajaan seolah-olah menyatakan yang kerajaan adalah betul 100% (sebut maksum). Perkara seperti ini, iaitu kekangan informasi, bagi saya telah membentuk tahap pemikiran yang kurang seimbang, dan mungkin boleh menjadikan tahap pemikiran seseorang itu lebih rendah jika di bandingkan dengan seseorang yang terdedah dengan pelbagai sumber informasi, sama ada pro kerajaan ataupun pro pembangkang, hatta pihak tengah atau neutral sekalipun.

Perkara yang sama juga berlaku sebaliknya, jika seseorang itu terlalu fokus dan terdedah hanya kepada media pro pembangkang 100% tanpa menghiraukan media-media pihak lawan atau pihak yang lain. Penting di sini untuk seseorang itu mempunyai kebebasan dalam mengakses maklumat dan informasi.

Mungkin seseorang akan mengatakan “tak boleh bebas sangat, tu yang nanti melalut boleh baca benda yang ngarut2, sehingga boleh terjebak ke kancah informasi yang tidak elok dan memudaratkan”. Nah, di sinilah pentingnya didikan agama yang mungkin sesetengah orang tidak dapat melihat bagaimana hubungkait dan pengaruhnya ke atas hal-hal sebegini. Sudah tentu ia mempunyai kaitan kerana Islam bukan sekadar mengajar cara-cara nak berpuasa atau bersolat semata-mata, namun mengajar umat manusia satu sistem atau cara hidup, merangkumi segala aspek kehidupan.

Berbalik kepada isu yang agak ‘panas’ sekarang ini, iaitu isu doa Lim Guan Eng, beberapa hari yang lepas, saya kerap kali menerima email dari rakan-rakan saya berkenaan dengan banner P Kamalanathan (sekarang ni YB) pada PRK Hulu Selangor.

Tepat, ini adalah majlis bacaan yaasin dan solat hajat kepada calon BN pada ketika itu (sebut P Kamalanathan). Setahu saya, solat hajat ini dilakukan sekiranya kita mempunyai permintaan yang begitu khusus (sila betulkan sekiranya saya tersilap) di tambah pula dengan bacaan yaasin. Alhamdulillah, baguslah tu, sekurang-kurangnya, ia bukan majlis tari menari atau maksiat. Namun persoalannya, kenapa benda ini tidak kecoh pada masa tersebut?

Bagi saya, ia lebih terang dan jelas, sedangkan doa ketika khutbah hanyalah audio semata-mata (tak tau la kalau ada orang yang rakam, itu lain cerita)?

adakah hukum haram (menurut mufti perak di SINI) hanya applicable untuk orang-orang yang bukan kerajaan sahaja? kenapa fatwa tersebut tidak di keluarkan pada masa tersebut? (sebut PRK Hulu Selangor)

Oh, mungkin di sebabkan saya tidak memiliki ijazah bidang agama, jadi saya jahil dalam bab-bab seperti ini. Tapi, sebagai seorang yang berfikiran waras, saya dapat melihat ketidak adilan yang begitu jelas dalam hal-hal seperti ini, sangat selari dengan tajuk entri saya pada kali ini.

Saya serahkan perkara ini kepada para pembaca, mungkin boleh lihat informasi dan kupasan berkenaan dengan isu ini dari pelbagai sudut, sama ada dari sudut pakatan rakyat atau kerajaan. Kemudian bandingkan, dan pilihlah, kerana pilihan di tangan anda.

Sebagai penutup (sebab saya kena sambung buat well test analysis dan nak review balik FDP), mari kita sama-sama membaca hasil tulisan dr MAZA (ex-mufti perlis)…layan~

Doa untuk bukan Muslim

// Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 24, 10
3:50pm

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya “malu”) dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: “Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”

baca lebih lanjut di SINI