Pilihanraya Kampus 2010 (UTP)

Posted on October 10, 2010

0


Pilihanraya Kampus 2010 (MPPUTP)

Pilihanraya Kampus (PRK) UTP 2010 telah melabuhkan tirainya. Pada PRK kali telah melihatkan pertandingan di kerusi umum manakala kesemua kerusi program telah dimenangi tanpa sebaran

gpertandingan.

Bermulanya PRK 2010 adalah pada 1 September 2010 dengan pembubaran barisan MPPUTP 2009-2010 yang kemudiannya diikuti dengan penamaan calon pada 29 September 2010. Kempen pada PRK kali ini berlangsung selama 4 hari bermula pada 3 Oktober 2010 sejurus selesai majlis penyampaian manifesto oleh calon-calon yang bertanding.

Seramai 7 orang calon telah menamakan diri untuk bertanding untuk 6 kerusi umum. Calon-calon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia telah menunjukkan karisma dan kepimpinan mereka khususnya dalam penyampaian manifesto mereka.

Calon-calon yang bertanding adalah:

Aidil Aznan Azwan B Abd Azid

Muhammad Fitri B Jamil

Nadia Hartini Bt Suhaimi

Siti Sara Lyana Bt Badly Sham

Mohammad Khairulanam B Azeman

Hamzah B Nawawi

Rofans Beleam Hilisebua Manao

Hari pembuangan undi bagi PRK kali ini telah ditetapkan pada 7 Oktober 2010. Pada pembuangan undi kal ini, sebanyak 1453 undi telah dibuang dan dari jumlah tersebut, 7.7% atau 112 undi didapati rosak.

PRK kali ini juga telah membawa satu titik sejarah UTP di mana calon perempuan telah mendapat peratusan undi tertinggi, jika dibandingkan dengan PRK 2009 dan PRK 2008.

 

Berikut merupakan keputusan bagi PRK 2010 UTP.

Siti Sara Lyana Bt Badly Sham                     1297

Hamzah B Nawawi                                               1247

Aidil Aznan Azwan B Abd Azid                   1245

Nadia Hartini Bt Suhaimi                              1240

Mohammad Khairulanam B Azeman   1234

Muhammad Fitri B Jamil                              937

Rofans Beleam Hilisebua Manao             845


Semoga barisan MPPUTP pada kali ini mampu membawa UTP ke aras yang lebih cemerlang.

Posted in: Uncategorized