BACA LAGI BUDAK UTP; kali ni dari anep plak…

Posted on October 13, 2010

2


kali ni dari ex pres aku plak…

 

layan~

 

Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera,

Merujuk kepada email dibawah. Warga UTP sedia maklum bahawa kita dikejutkan dengan rencana dari UTUSAN (10 Oktober 2010) mengenai Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto.

Saya yakin dan percaya warga UTP sekalian tentu sekali tidak berpuas hati dengan keadaan yang berlaku. Kita semua maklum di ucapan rasmi, perbualan seharian, dalam majlis dan lain-lain perkataan Toronto acapkali digunakan oleh kita di dalam UTP. Hanya kita yang tahu bahawa perkataan Toronto itu telah sebati dengan diri kita di Tronoh ini.

Lantaran dari itu, seorang sahabat kita telah menghantar gambar kelasnya ke Utusan di dalam slot Salam Perantauan dan tidak sangka akan terpilih dalam slot tersebut. Sahabat kita itu menyesal dan menghubungi pihak Pengurusan. Lalu pihak Pengurusan telah meminta maaf kepada pihak UTUSAN. Tidak cukup dengan itu, Rencana berbaur marah, emosi telah dikeluarkan. Dek kerana marah, rencana  tersebut disiarkan dan telah melahirkan persepsi kepada masyarakat satu Malaysia bahawa UTP melahirkan graduan-graduan penipu.

Apa yang perlu difahami di sini ialah

1. Perlukah disebabkan oleh seorang pelajar UTP, penipuan itu telah diGeneralizekan kepada semua pelajar UTP. Perkara ini semestinya memberi impak kepada masyarakat, industri dan sebagainya dalam penerimaan mereka kepada warga UTP.

2. UTUSAN perlu tahu kelemahan editor yang tidak membuat semakan sebelum mengeluarkan gambar-gambar yang tidak tahu dari mana puncanya. Kredibiliti sebagai salah sebuah akhbar utama Malaysia patut di persoalkan.

3. Kesalahan telah diakui oleh pelajar dan juga pihak pengurusan, maka perlukah untuk kita perbesarkan isu tersebut?

Jadi saya menyeru warga UTP termasuk pihak UTP untuk kita bersatu dalam menyatakan pendirian kita kepada UTUSAN.

BELIA BENCI UTUSAN

Muhammad Haniff Bin Humam
Pelajar Tahun Akhir
UTP