BACA LAGI: ni dari Tn Hj Md Noor Rosli

Posted on October 15, 2010

2


ni plak msg yg aku dapat, kat email, act semalam da, tp smlm da letih da..da la kene ngn tiau ngn sv pasal G&G nyer part utk FDP, tp takpe, aku redha jer, SV aku dpt phD utk geology, aku amek beberapa subjek jer…so mmg patut kene tiau…

 

tu citer lain, baca kat bawah ni utk email terbaru dari Tn Hj Md Noor Rosli

 

———- Forwarded message ———-
From: mohamed noor rosli baharom <mnrosli.baharom@gmail.com>
Date: 2010/10/15
Subject: Isu UTP
To: hanif17@gmail.com
Cc: lyanarosli@gmail.com, “Nurul Farizah Bt Samsudin (HEP/UTP)” <farizah_samsudin@petronas.com.my>

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saudara Hanif,
Saya merujuk email saya sebelum ini berkaitan isu rencana Utusan baru ini.
Saya mendapat maklumat bahawa mesej kita dalam hal ini telah tersebar meluas dan telah dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak terutama pelajar UTP dan mereka yang cintakan kebenaran.  Dalam hal ini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersama kita dalam menghadapi isu ini.  Sesungguhnya saya amat bangga dengan semangat kekitaan (‘esprit d’ corps’) yang ditunjukkan oleh pelajar UTP serta lain-lain pihak yang faham permasalahan yang kita hadapi.
Memandangkan suara UTP untuk menegakkan kebenaran sudah didengar maka saya memohon agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Pihak saya bersama MPP dan Alumni akan bersama mengambil langkah konstruktif untuk membetulkan keadaan ini.  Insya Allah, kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi kita taufik dan hidayah serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Oleh yang demikian, pada pagi Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama memohon maaf antara kita serta memaafkan mana-mana pihak telah melakukan kesilapan kepada kita.  Ini adalah langkah yang terbaik untuk kita terus maju kehadapan.  Saya minta agar dihentikan segala usaha dalam memanjangkan isu ini.
Marilah kita sama-sama berusaha membina Universiti yang kita cintai untuk mencapai wawasan kita menjadi Universiti kejuruteraan dan teknologi yang terunggul di Malaysia dan dunia.  Marilah kita sama-sama berusaha untuk melahirkan siswa-siwsi yang serba boleh, berketrampilan, berilmu, beriman serta matang yang dapat kita banggakan.
Minggu ini kita menyambut konvo kita yang kesepeluh.  Ini satu kejayaan yang patut kita banggakan dan raikan bersama.  Kita berdoa agar tradisi kecemerlangan UTP dapat diteruskan.  Insya Allah.
Kepada semua pelajar UTP, Alumni UTP dan mereka yang telah sama-sama memberi kerjasama dan sokongan dalam hal ini saya ucapkan ribuan terima kasih.
Terima kasih dan salam untuk semua.
(mohon disebarkan mesej ini kpd semua UTP)
Mohamed Noor Rosli Bin Baharom
Pengarah Perkhidmatan Pelajar UTP

 

 

p.s: Spanjang aku dok kat UTP ni, Director SS yang paling terbaik adalah Tn Hj Md Noor, walaupun aku tak de la selalu lepak ngan dia, tp dia still leh kenal aku, dia mmg hebat, humble, hormat orang walaupun orang tu muda dari dia dan banyak lagi la yg terbaek…

 

tp aku still benci utusan laa…

 

dan UTP daily…tp tade la sebenci utusan…