Malaysia ku Negara Islam…konon-kononnya…

Posted on October 20, 2010

2


Baru balik dari solat asar…

 

sebelum solat asar, aku menghadiri majlis dean’s list award utk program PE…sempat minum 2 cawan air teh susu ke air milo (aku mcm tak dapat membezakan)..

 

sebelum majlis tu pulak, aku dengan rakan2 aku berhempas pulas buat well test design kat lab block 15, manual dan computer nyer (panSystem), thanks to ali, billy ngn fathin…diorng ni terer2 semuanya…

 

sebelum tu pulak aku dari taman maju…

 

sebelum tu lagi, aku g Test Advance Reservoir Simulation…yang ni yang paling __________,

 

sebelum tu pulak, aku menziarahi sahabat aku yang baru sahaja kehilangan ayahnya…

 

kehilangan atau kematian orang yang tersayang, aku pernah terbaca satu artikel ringkas, yang bagi aku sebagai penawar yang boleh meredakan kerinduan kita kepada orang yang tersayang..

(tak ingat artikel mana, malas lak nak carik)

sama-sama kita sedekahkan al Fatihah kepada arwah ayah kepada sahabat aku…

 

berbalik kepada tajuk entri kali ni, aku nak tanya korang, korang rasa, Malaysia ni negara Islam ke? mcm mana definisi negara Islam tu? Negara yang banyak umat Islam? negara yang banyak masjid-masjid yang lawa2? negara yang ada universiti Islam, bank Islam, jabatan agama Islam? korang tanya la mana2 ustaz, apa definisi negara Islam, tp jangan tanya ustaz yang penakut ye…tanya ustaz yang betul2 berani kerana dia tahu apa yang di sampaikan itu benar…

 

beberapa hari lalu, utusan telah berjaya menghangatkan UTP yang sedia hangat melalui akhbar diorng, yang di tulis oleh Pn (atau cik, aku pun tatau) Noraini Abd Razak. Aku tatau dia ni siapa, aku tatau apa background dia. Tapi tape, bukan tu yang aku nak cakapkan di sini.

 

Apa yang ingin aku bawak adalah berkenaan dengan artikel beliau di utusan online. (SINI)

 

dia menulis berkenaan dengan “jangan permainkan Islam”..

 

yeah..bagus, usaha yang bagus..sangat bagus…

 

PERKARA 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sangat jelas. Tidak ada makna tersembunyi. Juga tidak ada sebarang keraguan mengenai maksud yang ingin disampaikan.

Sejak digubal, peruntukan tersebut tidak pernah dipinda. Kedudukannya sangat utama. Perihal yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan itu diletakkan di Bahagian 1 Perlembagaan.

Ia dibaca selepas Perkara 1 mengenai nama Malaysia dan negeri-negeri lain dan Perkara 2 yang menyentuh tentang kemasukan wilayah-wilayah baru dalam Persekutuan. Sementara Perkara 4 menyebut tentang undang-undang utama Persekutuan.

Susun atur Perlembagaan sedemikian rupa cukup jelas untuk menunjukkan betapa penting dan tingginya kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

 

aku tak copy habis artikel nih, kalau korang tengok artikel ni la kan..kat bahagian bawah, dia kutuk DAP (Nga Kor Ming). mungkin dari tafsiran dia Nga telah menghina Islam, atau cuba mempertikaikan Perlembangan (Perkara 3(1) ).

 

Tapi, aku pelik, asal dia tanak tulis/komen pasal apa2 benda yang kerajaan buat yang sedikit sebanyak telah menghina Islam itu sendiri? banyak..ada banyak benda yang telah di buat yang menyinggung perasaan orang Islam dan yang agak menghina agama Islam itu sendiri. Sangat berlawanan dengan ‘kenyataan’ beliau menerusi artikel tersebut.

 

Adakah kerana parti mereka berbeza, lalu membawa kepada hukum yang berbeza?

 

korang tengok la sendiri gambar ni, bersepah kat internet, kat email pun ramai orang dok forward…cek la…cek la…aktiviti2 ni memuji Islam ke tak? atau mungkin ni adalah salah satu aktiviti ‘negara Islam’..

 

ni yang aku dapat kat tenet, dan email…

 

wow…tapi..

 

aku rasa, tak adil kalau aku men amek gitu jer (bro pria malaya, aku amek pic ko)..

 

so aku pun g la usha2 web Islamic Fashion Festival tuh…kat SINI

 

sl-09\

wow….ada lagi…

 

sl-01

yang kat atas ni gambar dari Tab event (kat web tuh)…

 

ada lagi la, korang cek la sendiri…

 

aku ni bukan lah amek syariah atau degree agama, tapi aku pernah la dengar ustaz2 ni cakap, pompuan ni kene guna tudung hingga melepasi paras dada…ada dalam alQuran, terang2 lagi alQuran tulis..

tapi tu la, mana pergi katanya nak memartabatkan Islam tu…

 

cek la sendiri…

 

Malaysia ‘Negara Islam’, kononnya la…

 

so kalau korang betul2 nak negara Islam yang betul, pilihla pemimpin yang betul2 membawa kepada Islam…siapa pemimpin tersebut? korang fikir la sendiri…

 

 

(kalau aku aku pilih orang2 yang dalam ilmu agamanya…tok2 guru, alim ulama’, hahaha jelas kelihatan kan siapa dia…)