Ulama Muda menyebelahi DS Rosmah berkenaan dengan IFF?

Posted on October 23, 2010

4


Post saya yg terdahulu adalah berkenaan dengan IFF (Islami Fashion Festival) yang mencetuskan kontroversi serta mengguris hati umat Islam (yang betul2 Islam).

Umum kita ketahui yang Datin Seri Rosmah Mansor (DS Rosmah) merupakan penaung bagi festival tersebut. Walaupun pada namanya tertera perkataan ISLAMIC namun bagi saya

ianya tidak lebih dari label semata-mata, jika dilihat pada isinya, tidak menggambarkan ke ‘ISLAMIC’ an festival tersebut. Saya telah beberapa kali melayari website festival tersebut bagi

melihat dengan lebih dekat berkenaan dengan IFF, maklumlah saya tidak mempunyai duit yang banyak yang membolehkan saya merantau keseluruh pelusuk tempat anjuran festival tersebut.

Jika di lihat pada page The Style Council (SINI), saya dapati wanita2 di sana tidak menutup aurat seperti yang sepatutnya. Bagaimana ini boleh dikatakan sebagai Islami Fashion Festival?

Bagaimana sekiranya orang yang tidak mengetahui selok belok agama Islam dan sekiranya mereka melihat page ini dan mengatakan bahawa inilah cara penutupan aurat yang sebenar! Oh, bahaya,

sangat bahaya.

Sebentar tadi saya ada membaca entri terbaru di portal Malaysia Kini (MK), iaitu IFF: Ulama Muda ‘Pertahan’ Rosmah, Selar Pembangkang (SINI). Beliau (Fathul Bari), salah seorang dari ulama muda UMNO¬†berkata (seperti yang di tulis di MK),

“Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata,” katanya.

Di sini saya menyokong kata-kata atau persoalan yang di timbulkan oleh Ust Nasarudin Hasan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS), kenapa tidak di rujuk kepada ulama sebelum menganjurkan festival tersebut (dari segi pengisian festival).

Saya kira ulama-ulama UMNO perlu melayari terlebih dahulu website IFF tersebut, kerana di nyatakan di situ secara jelas dan terang, bahawa:

THE STYLE COUNCIL

Every year, carefully selected members are invited on board to act as ADVISORS to the event.


Saya nak tanya, apa maksud advisor di sini? penasihat bukan? Kenapa DS Rosmah tidak menasihati penganjur IFF supaya menepati dan mengikuti lunas-lunas Islam. Kalau betul DS Rosmah tidak tahu

guideline yang di tetapkan oleh Islam, kenapa tidak di rujuk sahaja kepada Fathul Bari dan rakan-rakan Ulama Muda mereka?

Tepuk dada tanya iman…

moh solat maghrib, kat sini dah azan dah…