Lawak lucah?

Posted on October 24, 2010

3


 

Suatu masa dahulu saya dan blogger BukanGoreng selalu menikmati nasi lemak V4

 

Nasi Lemak. Jika dilihat sekali imbas, tiada apa yang menarik pada nasi lemak. Ianya tidak lain hanya dikenali sebagai salah satu dari makanan tradisi sarapan pagi, yang kebiasaanya terdiri dari nasi yang berlemak, sedikit sambal ikan bilis, beberapa hiris timun dan setengah biji telur ayam. Untuk versi special pula ada tambahan seketul ayam. Harganya lebih kurang RM1-4 (mengikut jenis serta kuantiti, dan juga ikut jenis kedai, kalau beli kat airport, boleh jadi lebih dari RM4).

Namun, pandangan saya terhadap nasi lemak telah berubah sedikit. Kosa kata bagi nasi lemak yang tertulis dalam otak saya sebelum ini yang hanya membawa maksud sejenis makanan telah bertambah menjadi…

Lawak Lucah?

Itulah yang ayat yang terbaik yang saya mampu fikirkan pada petang ini setelah melihat entri terbaru di portal isuhangat (SINI). Adakah ini taraf industri filek negara kita? Mungkin ada yang tidak percaya tapi anda semua boleh melayari youtube, dan taip Trailer Filem Cuti-Cuti Cinta 2010. Sila tengok trailer tersebut pada minit ke 1:03 – 1:10.

ND: You kata muka I tak cantik?

FK: Dahi Jendul

FK: Dagu leper

FK: Tu apa tu, nasi lemak 50 sen

ND: haaa...heyy

 

Benda sekecil inilah yang akan menjadi ikutan anak-anak muda kita, bukan setakat anak muda, malah boleh jadi menjadi gurauan harian budak-budak sekolah. Adakah ‘gurauan’ atau ‘lawak’ sebegini boleh menceriakan hidup ibu dan ayah kepada budak-budak tersebut?

Saya tidak melihat yang ini adalah budaya masyarakat melayu, apatah lagi ajaran Islam. Kenapa perlu di selitkan unsur-unsur begini dalam pembikinan filem tempatan? Adakah sudah kehabisan modal untuk menaikkan pasaran filem tempatan?

Saya kira satu kesilapan jika kita ingin mengejar kemajuan dengan mengorbankan agama dan adat. Dalam hal ini, siapa yang patut dipersalahkan? Saya? Dia? Penaung filem ini? oh, jangan disalahkan penaung, ujar Fathul Bari, salah seorang dari Ulama Muda UMNO.

 

Fikir-fikirkanlah….