PRK: Gula-gula di Galas dan Batu Sapi?

Posted on October 26, 2010

5


Makan tengahari bersama-sama dengan sahabat-sahabat sekelas merupakan salah satu dari aktiviti yang sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi setelah habis kelas. Banyak perkara yang boleh dibincangkan, dikongsi, dan banyak lagi. Dari sekecil-kecil perkara seperti lauk pauk hingga sebesar-besar perkara seperti isu keagamaan dan nasional.

“Jul, ko udah mbaca berita ari ani ka? meliat ko pasal wifi di batu sapi ka?”, tanya seorang teman dalam dialek melayu brunei. “Aku alum lagi meliat yang atu, yg ku tau pasal di sarawak, atu pun ku liat masa cuti raya ari atu”, saya membalasnya secara bersahaja.

Wifi? Apakah itu?

Bila ditanya kepada encik google, dia memberikan satu panduan bagi menjawab apakah yang di maksudkan dengan wifi.

WIFI:The name of a popular wireless networking technology that uses radio waves to provide wireless high-speed Internet and network connections. The Wi-Fi Alliance, the organization that owns the Wi-Fi (registered trademark) term specifically defines Wi-Fi as any “wireless local area network (WLAN) products that are based on the Institute of Electrical and Electronics Engineers’ (IEEE) 802.11 standards.” (SOURCE)

Dipendekkan cerita, Wifi adalah salah satu jaringan tanpa wayar yang membolehkan kita melayari internet. Apa pula kaitan Wifi dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Sapi dan Galas?

“Kampung WiFi tidak memerlukan peruntukan tinggi dan mudah untuk disediakan, ia boleh dibangunkan di mana-mana kawasan yang mempunyai perkhidmatan telefon awam, cuma kalau menggunakan sambungan satelit mungkin kosnya tinggi sedikit.

“SKMM mungkin akan ke kampung Galas, lusa sebelum ke Batu Sapi bagi melihat potensi menyediakan perkhidmatan itu untuk kemudahan penduduk di sana,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Rangkaian Jalur Lebar U Mobile berkelajuan 42 Mega bit sesaat (Mbps) di Kuala Lumpur, semalam.

Ini merupakan petikan dari berita harian online (SINI) yang melaporkan Projek Kampung Wifi. Bagi saya tiada masalah, baguslah, ia boleh dilihat sebagai satu usaha dalam melahirkan masyarakat celik IT. Namun, jika di teliti akan berita tersebut, ada beberapa perkara yang pada saya tidak berapa mengena.

Kenapa perlu di highlight kan Kampung Galas dan Batu Sapi? Kenapa tidak Lawas, kenapa tidak Limbang, kenapa tidak Sipitang?

Ya, PRK yang sedang berlangsung pada kali ini adalah melibatkan Galas dan Batu Sapi.

 

Gambar Hiasan yang boleh di jadikan panduan (tranungkite)

 

Adakah ini satu lagi bentuk gula-gula dari kerajaan UMNO Barisan Nasional untuk pilihanraya kali ini?

Gula-gula pilihanraya…fikir-fikirkan wahai rakyat Batu Sapi dan Galas..

 

 

p/s: petua kawan aku untuk menghilangkan mengantuk, makan Gula-Gula…

 

 

Gula-Gula perisa UMNO BN