Kawan BN yang bernama BU

Posted on January 25, 2011

0


Sekarang ni tengah layan satu drama negeri sembilan di Tv2. Much more better than the Tv9’s drama. Teringat pula sorang rakan dari N9 yang kini sedang berehat setelah penat melunaskan tugasnya di KL sebagai Civil Engineer.

Sebut pasal drama, aku nak cerita satu benda pasal TV. Tadi lepas solat maghrib, aku gi teman kawan aku gi makan malam kat kedai, takde bini makan kat kedai la. Tengah makan aku tengok BULETIN UTAMA TV3.

Antara caption Buletin Utama TV3

Aku tengok makin hari makin gila Tv3 ni, dari segi laporan politiknya yang terlalu amat berat sebelah. Tengok saja pada laporan PRK Tenang tadi. Memang kaw-kaw promote BN + kaw-kaw serang PAS dan Pakatan Rakyat. Di manakah kredibiliti Buletin Utama selaku penyampai berita yang adil? atau adakah Tv3 mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu? Lebih baik lepas ni TV3 tukar slot PRK Tenang tu kepada slot BN @ Tenang, baru sepadan dengan laporannya.

Dulu aku selalu dengar kawan-kawan aku yang kononnya tak ambil tau pasal politik, naik menyampah dengan Tv3 yang berat sebelah. Sedangkan orang-orang yang atas pagar lagi terasa menyampah, apatah lagi bagi orang-orang Pakatan Rakyat. So, aku tidak hairan jika ada kempen-kempen di internet yang membawa kempen boikot Tv jika inilah keadaannya.

“kak, pasni berita tayah pasang Buletin Utama Tv3 dah, tengok awani pun ok dah, Buletin Utama Tv3 ni berat sebelah”, ujar aku kepada kakak kaunter masa bayar air, ini semua pasal geram sangat dengan B.U.

Balik dari kedai makan kitorang pergi masjid, nak solat Isya. Tengok di sana rupanya ada kuliah maghrib, tak abis lagi. Kami pun join la kuliah tersebut. Kuliah yang berupa kupasan buku Fiqah Daulah atau Fiqh Kenegaraan ni di sampai kan oleh seorang Ustaz yang aku tak ingat namanya, tapi menarik. Antara benda yang di sebutkan oleh Ustaz tadi adalah politik ada dalam Islam, ini bukannya berdasarkan gerakan Islam atau wujud pada kegemilangan gerakan Islam, tapi telah wujud sejak dari zaman nabi lagi, siap ada nas dan dalil.

Gini la buku dia yang ustaz tu huraikan

Ada segelintir orang yang tanak turun mengundi, katanya tanak campur urusan politik, ada yang mengatakan politik itu kotor dan banyak lagi. Ustaz merujuk kepada ayat 59 surah anNisa,

“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Dia kata kalau nak taat pada ulil amri (pemimpin), maka kamu perlu pilih pemimpin, dan untuk memilih pemimpin, kita kena mengundi la (untuk kondisi Malaysia), dan pilih la yang selayaknya.

ada banyak lagi yang di huraikan oleh Ustaz yang aku kira memang amat menarik untuk di pelajari.

Berbalik kepada isu berat sebelah kepada BN oleh BU tadi, adalah lebih baik BU tolong BN untuk menerangkan berkenaan dengan Islam yang syumul kepada kawan2 MCA MIC Gerakan dia. Itu lebih baik kalau korang betul2 kawan BN, kalau korang ambil keputusan untuk jadi pihak berkecuali, lebih baik siarkan berita yang adil dan saksama!!

Aku berkempen untuk Cikgu Mala, undilah PAS, Undilah Cikgu Mala

 

Undilah Cikgu Mala

dan juga kempen boikot Buletin Utama Tv3