Tenang Tenang Aja…

Posted on January 25, 2011

0


First sekali aku nak kata wordpress pada masa ini agak menyusahkan aku, maklumlah dah lama tak ber blog…

kali ni nak sentuh isu tenang

 

Bila melihat pelbagai serangan dan tohmahan yang di lancarkan oleh pihak BN dan konco-konconya, nyata ia memberikan kerosakan kepada BN itu sendiri. Sebagai contoh isu salam yang di uar-uarkan oleh Chua Soi Lek. Beberapa benda yang aku boleh tengok hasil dari ‘peluru’ yang tak berapa nak hidup oleh BN adalah:

1. Chua Soi Lek tak sedar diri kerana beliau sendiri tiada kredibiliti untuk menasihatkan/membangkitkan isu ini, maklumlah beliau adalah pelakon hebat!

2. MCA dan UMNO sebenarnya tidak sehaluan, umpama air dan minyak (kalau hangpa belajar petroleum engineering, hangpa tau lebih pasai ni)

3. UMNO sebenarnya tidak lebih dari sebuah parti yang hanya konon-kononnya parti Islam namun sebenarnya bukan kerana di dalam komponen BN sendiri pun mereka masih tidak boleh memahamkan pasal Islam kepada parti-parti komponen yang lain. Ini tidak lebih hanya dari langkah utk menyelamatkan nyawa politik mereka

 

gambar amek dari wargamarhaen..thanks bro

 

Sedikit persoalan kepada UMNO BN, khususnya para pimpinannya:

1. Kenapa kamu tidak menyokong perihal negara Islam atau sifat2 Islam yang di perjuangkan oleh PAS khususnya dan Pakatan Rakyat (PAS DAP PKR) secara amnya?

2. Bahagian manakah yang salah dalam benda yang di perjuangkan oleh PAS (perihal negara Islam)?

 

dan ini satu pertanyaan yang istimewa dari aku kepada pihak yang berpatut:

1. Kenapa tak buat daftar pemilih secara automatik bila seseorang itu mencecah 21 tahun? bukankah ini lebih menjimatkan? tak perlu nak tebang pokok buat kertas nak jadikan borang daftar pemilih, takperlu nak beli ink nak print borang, tak perlu nak gaji orang jadi pendaftar pemilih..bukankah sekarang ni kita guna MyKad, yang konon-kononnya banyak info boleh di simpan menerusi cip yg ada pada MyKad? kalau tak rugi lah menatang cip tu letak kat atas MyKad…

 

ada banyak lagi soalan, tapi tape, aku pun nak tdo awal, sok nak jumpa boss plak…

 

lagi satu, kalau aku mendaftar mengundi di Tenang, aku akan pangkah Cikgu Mala sebab dia BERANI MEMPERTAHANKAN PEGANGANNYA walaupun mendapat cercaan dari orang2 yang tak reti apa-apa yang pentingkan perut boroi mereka sahaja..

Untung laki Cikgu Mala dapat bini mcm dia

 

 

chow..

(Kenapa Najib tak nak debat ngn Anwar…)